fbpx

Anwar ucap tahniah hari keputeraan Tunku Muhriz ke-76

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan hari keputeraan Tuanku Muhriz yang dimuat naik Anwar di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-76, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh kerabat diraja berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76.

“Mendoakan semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan,” katanya.

Hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului senarai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Hari Keputeraan ke-76, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula penerima tunggal Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tuanku Muhriz turut mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 14 individu dan pingat Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 22 penerima.

Selain itu, baginda juga mengurniakan Darjah Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) kepada 62 penerima, Darjah Setiawan Tuanku Muhriz (STM/7), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC/112), Pingat Jasa Kebaktian (PJK/194), Bentara Tuanku Muhriz (BTM/23) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) kepada 10 penerima.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan bagi sesi pertama akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI