fbpx

Ambil sendiri duit baki bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan dibenarkan membayar makanan dan mengambil baki sendiri. - Facebook/Lee Siew Yian

SINGAPURA – Seorang peniaga makanan di Singapura tular selepas membenarkan pelanggan membayar dan mengambil baki bayaran mereka sendiri di kotak wang kedai tersebut, lapor portal berita Asiaone semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang pelanggan bernama Lee Siew Yian mendedahkan bahawa peniaga tersebut mengusahakan sebuah gerai makan di medan selera pusat beli-belah People’s Park Centre.

“Saya melihat kotak wang betul-betul diletakkan di kaunter semasa dia (peniaga) memasak mi. Dia tidak melihat kotak wang itu dan dia tidak mempunyai pembantu, hanya bekerja sendiri,” tulis Siew Yian.

Siew Yian turut berkongsi gambar papan tanda di hadapan gerai berhampiran kotak wang tersebut.

“Kaedah pembayaran adalah layan diri. Bekas untuk bawa pulang makanan dicaj SG$0.30 (RM1.04). Terima kasih atas kerjasama anda,” demikian tulisan pada papan tanda tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI