fbpx

34 maut akibat tanah runtuh di Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di kawasan tanah runtuh di jalan antara Quibdo dan Medellin semalam. - AFP

BOGOTA, Colombia – Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Choco, barat laut Colombia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pejabat Gabenor Choco dalam satu kenyataan memaklumkan, 17 mayat sudah dipindahkan ke bandar Madellin untuk pemeriksaan forensik, manakala 17 lagi akan menyusul.

“Hujung minggu yang menyedihkan untuk Choco. Saya tidak akan berehat selagi semua penduduk Choco mendapat maklumat tentang keluarga mereka,” kata Gabenor Choco, Nubia Carolina Cordoba Curi.

Timbalan Presiden Colombia, Francia Marquez berkata, tanah runtuh itu menimpa sebatang jalan yang menghubungkan bandar Quibdo dan Medellin selepas kawasan tersebut mengalami hujan lebat dalam tempoh 24 jam.

Gambar dikongsikan di media sosial memaparkan situasi sebidang tanah runtuh dari sebuah gunung dan menimpa beberapa kereta yang sedang dipandu di atas jalan dinaiki air.

“Unit Kebangsaan Colombia untuk Pengurusan Risiko Bencana, Pertahanan Awam Colombia, Tentera Nasional, Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial serta jabatan polis Choco dikerahkan untuk bertindak balas terhadap insiden itu,” kata Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI