fbpx

Serangan ke atas Yaman bukti AS, Britain sekutu Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Pas mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain terhadap Yaman.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, AS dan Britain sepatutnya menggunakan kuasa untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan bukannya mewujudkan peperangan baru.

“Seluruh dunia sepatutnya mengecam tindakan AS dan Britain ini.

“Serangan ke atas Yaman ini terang-terangan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Britain sememangnya bersekongkol dengan Zionis dalam peperangan di Gaza,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan AS dan Britain melancarkan serangan terhadap kawasan yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi di Yaman, pertama kali sejak kumpulan yang disokong Iran itu mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah, lewat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI