fbpx

Polis rampas terlalu banyak motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH besar motosikal diletakkan rapat-rapat di Jabatan Polis Ho Chi Minh. - Foto VNExpress

BANDAR RAYA HO CHI MINH  – Bilangan motosikal yang dirampas kerana pemiliknya  melanggar peraturan jalan raya kini menimbun di Jabatan Polis Bandar Raya Ho Chi Minh, lapor portal berita VNExpress hari ini.

Timbalan Ketua Staf Jabatan Polis Ho Chi Minh, Leftenan Kolonel Le Manh Ha berkata, hampir 155,000 kenderaan termasuk motosikal dirampas pada tahun lalu.

Menurutnya, ekoran denda kesalahan mabuk yang mahal dan kadang kala, lebih mahal daripada harga sebuah  motosikal, ramai pesalah undang-undang jalan raya meninggalkan sahaja motosikal mereka di jabatan tersebut.

Jabatan polis trafik bandar raya itu kekurangan ruang sebanyak 10,000 meter persegi untuk menyimpan semua kenderaan yang dirampas.

Pemandu dan penunggang yang berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu, berdepan denda  antara 30 juta dong (RM5,689) hingga 40 juta dong (RM7,585) di Vietnam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI