fbpx

Pegawai kelab amatur cedera dibelasah ala kung fu atas padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan insiden pergaduhan dua kelab amatur Terengganu di Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

KUALA NERUS – Perlawanan bola sepak melibatkan dua kelab amatur, NAG FC dan Kesa FC dalam aksi Liga Bola Sepak Terengganu (TFL) di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, semalam bertukar kecoh dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan.

Dalam insiden pada pukul 4.15 petang itu, beberapa pemain dan pegawai terlibat mengalami kecederaan termasuk pegawai NAG FC, Ronny Irwan Husni, 46, yang cedera pada bahagian kepala.

Ronny Irwan mendakwa pada mulanya, dia yang berada di bangku pemain simpanan terpaksa meluru masuk ke dalam padang bagj meleraikan pergaduhan antara anak buahnya dan pemain lawan.

“Saya melihat pemain kedua pasukan terlibat termasuk salah seorangnya merupakan anak saudara saya tumbuk-menumbuk antara satu sama lain.

“Sewaktu mahu meleraikannya, tiba-tiba saya diterajang dari arah belakang sehingga terjatuh sebelum dipukul dan disepak bertubi-tubi dengan menggunakan kasut bola,” dakwanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Terdahulu video pergaduhan dua kelab amatur tersebut yang berdurasi 43 saat tular di media sosial.

Difahamkan insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sebelum wisel pemamat terpaksa memaksa perlawanan dihentikan awal dengan NAG ketika itu sedang mendahului Kesa 4-1.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sebahagian pemain yang didakwa bermain kasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI