fbpx

Orang kurus berisiko mati awal, kurang subur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian grafik oleh PHM.

PETALING JAYA – Individu yang kurang berat badan atau dikategorikan sebagai kurus, berisiko mendapat osteoporosis, jangkitan akibat rendah imuniti, masalah kesuburan, dan kematian awal.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), golongan ini juga mudah dibuli dengan gelaran yang memalukan sehingga boleh merisikokan mereka dengan kesihatan mental.

“Kurang berat badan boleh menjejaskan kesihatan anda secara negatif.

“Seseorang individu dikatakan kurang berat badan jika indeks jisim badan (BMI) mereka kurang dari 18.5,”ujarnya.

Justeru, PHM berkata, untuk menambah berat badan, pastikan makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memasukkan banyak karbohidrat dan protein.

“Makan lebih kerap dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak. Anda perlu makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar.

“Sasaran untuk tambahan 300-500 kalori setiap hari dan dengan mengambil 500 kalori tambahan sehari, seseorang mungkin boleh menambah berat badan kira-kira 6.8 kilogram selama enam bulan.

Selain itu kata PHM, senaman menguatkan otot sangat membantu untuk menambah berat badan.

“Pastikan anda cukup tidur kerana otot dibina semasa anda sedang berehat. Elakkan makan banyak makanan tinggi gula untuk menaikkan berat badan. Nanti penyakit lain pula yang datang,” nasihatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI