GUA MUSANG – Kira-kira 200 penduduk Kampung Batu 6, di sini menggesa pihak berwajib menyegerakan projek pembinaan jambatan kekal apabila jambatan besi yang dibina kerap ditenggelami air Sungai Galas setiap kali berlaku hujan lebat. Seorang penduduk, Hashim Mamat, 74, berkata, jambatan besi itu merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan Kampung Batu 5 ke Kampung Batu 6 dan menjadi laluan utama penduduk untuk ke pusat Bandar Gua Musang. Katanya, mereka kerap terputus hubungan apabila jambatan sementara terbabit sering dilimpahi air Sungai Galas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya