fbpx

Gajah Abot dan Rambai bawa pindah Cik Melah, Mat Napi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH liar yang dilaporkan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Chepor, Lenggong dipindahkan Perhilitan Perak dalam operasi translokasi hari ini.

LENGGONG – Khidmat dua ekor gajah denak betina iaitu Abot dan Rambai sekali lagi digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi menjinakkan dua ekor gajah liar di Kampung Chepor, di sini hari ini.

Khamis lalu, dua denak berkenaan turut membantu Perhilitan dalam proses translokasi dua gajah liar iaitu Yob Napi dan Yong Hani yang dikesan berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, dua ekor gajah liar itu ditangkap Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak Jumaat lalu dengan gajah betina dinamakan Cik Melah dianggarkan berusia 25 tahun, manakala gajah jantan diberi nama Mat Napi berusia 10 tahun merupakan gajah daripada kumpulan ID Piah.

“Dua gajah denak dari Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Pahang digunakan bagi memujuk dan menarik gajah liar itu ke atas lori untuk proses translokasi. Kedua-dua gajah liar berkenaan akan dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung, Wan Mohamad Noor Othman, 60, berkata, dia berasa lega kerana gajah liar yang merosakkan tanaman kelapa sawit dan kelapa miliknya berjaya ditangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI