fbpx

Dua lelaki ditahan belasah warga emas rempuh van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pemandu warga emas yang dipukul selepas terbabit dalam kemalangan di kawasan Taman Pelangi Semenyih, Kajang, kelmarin.

KAJANG – Tidak puas hati tindakan pemandu kereta melanggar lampu isyarat dan van sekolah punca dua lelaki tempatan belasah warga emas dalam kejadian kemalangan di kawasan Taman Pelangi Semenyih, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 63 tahun telah membuat laporan polis dan mengaku terlibat dalam kejadian tersebut, semalam.

Jelasnya, pemandu kereta jenis Proton Saga berkenaan telah melanggar sebuah van sekolah yang dipandu seorang wanita yang mana terdapat beberapa pelajar sekolah dalam kenderaan itu.

“Susulan kemalangan itu, mangsa memberhentikan kenderaan dan secara tiba-tiba dua lelaki yang tidak dikenali telah memukulnya sehingga cedera pada perut, dahi dan badan.

“Mangsa memaklumkan, orang awam yang memukulnya marah kerana mendakwa dirinya memandu secara laju sehingga melanggar lampu isyarat serta rempuh van sekolah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Zaid, mangsa turut membuat laporan berkenaan kemalangan jalan raya tersebut.

Susulan laporan polis dibuat, Zaid berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah membuat tangkapan dua lelaki tempatan di sekitar Kajang, awal pagi tadi.

Kata beliau, tangkapan pada pukul 3.30 pagi itu melibatkan suspek yang masing-masing berusia 26 dan 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Kedua-dua saspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan punca kejadian adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan pengadu yang melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan.

“Hari ini, kedua-dua suspek akan di bawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Tegas Zaid, kes disiasat bawah Seksyen 323, 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI