fbpx

Cuaca baik, tiada hujan hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melapporkan cuaca baik serta tiada hujan di sekitar Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi video YouTube memaklumkan, bagaimanapun keadaan berawan dan mendung dilaporkan terutamanya di sekitar timur negeri Johor serta selatan Pahang.

“Dalam masa sama, keadaan mendung dilaporkan di kebanyakan kawasan di selatan dan tengah Sarawak yang mana dijangka beransur pada tengah hari nanti.

“Di sekitar barat Sabah juga cuaca baik ketika ini. Namun di Kudat, Sandakan dan Tawau dilaporkan hujan di satu dan dua kawasan yang dicerap ketika ini serta dijangka beransur reda tengah hari nanti,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI