TAIPEI – Lai Ching-te yang merupakan calon parti pemerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP), menang pilihan raya Presiden Taiwan hari ini dengan memperoleh 40.2 peratus undi selepas dua lawannya mengaku kalah di hadapan penyokong masing-masing.
Keputusan itu berdasarkan pengiraan melibatkan 98 peratus pusat mengundi di seluruh Taiwan, demikian menurut angka disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.
Keputusan tersebut menunjukkan saingan utama Ching-te daripada Parti Kuomintang(KMT), Lai Hou Yu-ih menduduki tempat kedua dengan 33.4 peratus undi.
Dalam pilihan raya itu, calon populis daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP), Ko Wen-je pula memperoleh 26.4 peratus undi.
Hampir 20 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya kali ini tetapi peratusan keluar mengundi masih belum diumumkan.
Kemenangan Ching-te melanjutkan lagi pemerintahan DPP selepas lapan tahun di bawah Presiden Tsai Ing-wen yang telah mencapai had dua penggal memerintah Taiwan. – AFP