fbpx

ATM hantar tujuh briged bantu penugasan pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (dua dari kiri) ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan menggerakkan Markas 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Johor untuk penugasan dalam tempoh proses pasca banjir.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aset ATM juga akan digerakkan bersama-sama terutamanya untuk membantu dalam proses pemulihan tersebut.

“(Aset) dia akan ada dan bersama-sama membantu kerja-kerja pembersihan. Di setiap briged itu dia memang sudah ada kawasan-kawasan yang ditentukan,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, beliau turut mengalu-alukan badan sukarela untuk bersama-sama menyertai kerja pembersihan susulan banjir yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI