fbpx

10 pengemis warga asing ditahan di Bangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang diperiksa oleh pihak JIM di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar, semalam. FOTO-IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Seramai 10 orang pengemis warga asing termasuk empat kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam satu Tindakan Operasi Pemeriksaan di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 12.15 tengah hari itu susulan aduan awam berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, seramai 13 orang telah diperiksa dan hasil pemeriksaan lanjut, seramai 10 orang pengemis warga asing berusia di antara dua hingga 41 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan warganegara Indonesia serta seorang lelaki dan dua orang perempuan warganegara Myanmar.

“Turut ditahan adalah dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan warganegara Myanmar. Seramai tiga orang individu telah dilepaskan kerana merupakan warga tempatan,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Ruslin, kesemua warga asing yang diberkas itu disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua warga asing itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI