fbpx

Takut, gementar ‘hidupkan’ babak dirogol – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sophia Albarakbah akui takut dan gementar semasa menjayakan babak dirogol dalam filem Jiwa 8 Belas.

PETALING JAYA – Pelakon Sophia Albarakbah berdepan rasa ketakutan sukar digambarkan ketika menjayakan babak dirogol dalam filem Jiwa 8 Belas yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Sophia berkata, dengan bantuan pengarah dan kru terlibat dalam filem terbabit, akhirnya dia berjaya menterjemahkan emosi sebagai seorang mangsa kes jenayah dengan baik.

“Takut dan gementar sebenarnya. Saya tidak tahu nak bagi reaksi bagaimana ketika itu sebab masih terlampau baharu dalam arena lakonan.

“Semua yang berlakon dalam filem tersebut pun budak baharu, jadi kami kena bincang dengan terperinci untuk pastikan adegan itu ‘hidup’.

“Pengarah ada tolong dan semua proses terbabit buat kami rasa selesa untuk menjayakan babak dipinta,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana Jiwa 8 Belas, semalam.

Ditanya mengenai persediaan menjayakan watak Fatien, Sophia, 31, mengakui sudah bersedia mental dan fizikal agar mampu melaksanakan tanggungjawab membawakan adegan yang disifatkan sebagai tabu.

“Saya bersedia tetapi dalam masa sama agak gementar sikit. Apa-apa pun saya sudah lakukan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Menurut Sophia, filem Jiwa 8 Belas merupakan naskah layar perak pertama semasa awal penglibatan sebagai pelakon sekitar tahun 2018.

Selain Sophia, barisan pelakon lain yang menjayakan filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. ialah Shah Hazvee, Izuan Ramli, A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin dan Aman Graseka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI