fbpx

Sanusi minta pihak kaitkan KFA dengan kes rasuah RM6 juta tunggu surat saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan menyaman mana-mana pihak yang cuba menggambarkan berlaku kegiatan rasuah membabitkan nilai wang sebanyak RM6 juta dalam persatuan tersebut.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut meminta pihak terlibat yang bersungguh-sungguh mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu termasuk dirinya selaku Presiden KFA dan kakitangan persatuan tersebut supaya menunggu surat saman di rumah dan pejabat masing-masing.

“KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sengaja ditularkan demi mencapai tujuan politik pihak tertentu memburukkan KFA dan pemimpin Kerajaan Negeri Kedah.

“Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan KDA FC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Muhammad Sanusi pada semalam hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung isu rasuah lebih RM6 juta didakwa melibatkan KFA.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa, beliau adalah sasaran sebenar pihak tertentu di sebalik plot dakwaan rasuah dalam KFA, manakala empat individu ditahan SPRM adalah ‘aksesori’.

Terdahulu, media melaporkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah persatuan bola sepak merupakan antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta melibatkan projek litar lumba dan loji takungan air, empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI