fbpx

Rugi lebih RM10,000, ternakan ikan laga mati kepanasan rumah terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarizi menunjukkan ikan laga ternakannya yang mati akibat kepanasan dalam kebakaran tujuh buah rumah di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penternak ikan laga atau Betta mengalami kerugian mencecah lebih RM10,000 apabila ikan ternakannya mati akibat kepanasan dalam kejadian kebakaran tujuh buah rumah di Jalan Sultanah Zainab, di sini hari ini.

Zarizi Dollah, 43 berkata, sebahagian besar ikan ternakannya mati termasuk induk yang berharga lebih RM1,000 seekor selain ribuan benih ikan Betta di dalam tujuh bekas polistirena yang diletakkan di aras bawah rumah.

Menurutnya, lebih menyedihkan, sebahagian besar ikan laga yang diternak dan dipamerkan di luar rumah turut mati akibat kepanasan.

“Nasib baik ikan yang sudah ditempah pelanggan masih selamat meskipun botol plastik digunakan sebagai tempat simpanan cair semasa kebakaran.

“Saya baru sahaja meletakkan lima pasang induk untuk proses pembenihan dan pembiakan ikan, tetapi kesemuanya mati. Saya menternak ikan laga sejak enam tahun lalu dan kini buntu memikirkan untuk memulakan kembali perniagaan ini,” katanya.

Zarizi bagaimanapun tetap reda dengan ujian tersebut dan bersyukur apabila semua ahli keluarganya termasuk seorang abang yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar (strok) selamat dalam kejadian itu.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Zarizi memberitahu, dia sedang tidur di dalam bilik kira-kira pukul 8 pagi sebelum dikejutkan oleh kakaknya yang memaklumkan rumah jiran mereka terbakar

Kosmo! Online hari ini melaporkan, lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Istana Kota Lama, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI