fbpx

Real sudah mula terbayang trofi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSELU meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke final Piala Super Sepanyol selepas bangkit menewaskan Atletico awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Dua kali bangkit daripada ketinggalan memastikan Real Madrid melangkah ke pentas final Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Atletico Mad­rid 5-3 pada aksi separuh akhir di Stadium Al-Awwal, Riyadh, Arab Saudi awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Real meledak lima gol menerusi Antonio Rudiger, Ferland Mendy, Dani Carvajal, Joselu dan Brahim Diaz, manakala Atletico meraih jaringan melalui Mario Hermoso, Antoine Griezmann dan gol sendiri Rudiger.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mengakui, beliau berkeyakinan tinggi dengan kemampuan barisan pemainnya untuk mencatat kemenangan dan mara ke perlawanan akhir meskipun dua kali ketinggalan pada perlawanan tersebut.

“Sebenarnya, ini (kebangkitan) bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia sudah menjadi DNA Real. Saya harap ia menjadi pengajaran berguna kepada pemain-pemain muda bahawa pasukan ini tidak pernah ­mengalah.

“Bagaimanapun, saya tetap bimbang apabila kami melepaskan tiga gol, terutamanya Hermoso yang langsung tidak dikawal. Sudah tentu kami perlu memperbaiki kerapuhan pada benteng pertahanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji aksi ditampilkan pemain-pemain gantian selepas berjaya membantu kemenangan Real menerusi jaringan yang dilakukan, sekali gus mara ke pentas final yang berlangsung 15 Januari ini.

“Pemain-pemain yang dibawa masuk memberi keyakinan kepada kami dan membantu kemenangan Real. Kemasukan mereka berjaya menyuntik semangat pasukan, lebih-lebih lagi apabila mereka menjaringkan gol,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI