fbpx

PM Perancis lantik ‘bekas suami’ jadi Menteri Luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTAL (kiri) dan Sejourne. - Foto X

PARIS  –  Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal  melantik ‘bekas suaminya’  Stephane Sejourne sebagai Menteri Luar negara berkenaan semalam, lapor portal berita RT.

Pelantikan Sejourne dibuat selepas  Attal, 34,  dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron sebagai Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Perancis pada Selasa lalu.

Sejourne, 38, mengetuai Pari  Renaissance yang turut dianggotai oleh Macron. Beliau  menggantikan Catherine Colonna dalam rombakan Kabinet berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Elisabeth Borne pada Isnin lalu.

Sejoune menyertai  pasukan Macron sehingga beliau  memenangi pilihan raya Presiden Perancis pada 2017.

Attal sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan pernah menjadi jurucakap Parti Renaissance yang sebelum ini dikenali sebagai La Republique en Marche pada 2018.

Beliau menyertai pasukan Macron selepas dua tahun meninggalkan Parti Sosialis. 

Attal dan Sejourne menjalin hubungan secara rasmi pada 2017 dan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka setahun kemudian.

Attap mengakhiri penyatuan sivil dengan Sejourne tahun lalu untuk mengelakkan percanggahan kepentingan, namun status sebenar hubungan mereka tidak dapat dipastikan. — AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI