fbpx

Piala Asia: Semangat Palestin tidak luntur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Palestin tetap bersedia memberikan segala-galanya apabila turun membuka kempen Piala Asia dalam saingan Kumpulan C menentang Iran, UAE dan Hong Kong.

KETIKA serangan kejam Israel terus membedil Gaza, pasukan bola sepak Palestin masih kekal memberi tumpuan kepada aksi Piala Asia di Qatar yang membuka tirainya awal pagi esok.

Beberapa pemain telah kehilangan orang tersayang sejak Israel melakukan pengeboman tanpa henti di wilayah tersebut, tetapi mereka tetap berazam untuk memberikan sesuatu yang terbaik khususnya buat rakan-rakan senegaranya yang tidak bernasib baik.

Runtuhan bangunan terma­suk stadium, serangan udara dan darat serta artileri menyebabkan padang bola sepak telah digunakan sebagai tanah perkuburan.

Skuad Palestin tiba di Doha dengan hati yang remuk apabila mengenangkan nasib keluarga mereka di kawasan bergolak tersebut selain memaksa mereka berlatih berasingan di Algeria dan Arab Saudi.

Jurulatih Palestin, Makram Daboub percaya pemainnya masih mempunyai motivasi yang tinggi biarpun hati mereka tidak tenteram memikiran nasib saudara di Gaza.

“Setiap pemain menunggu-nunggu berita sebelum dan selepas latihan, sama ada di dalam bas atau di hotel. Pemain berasa bimbang dengan keselamatan keluarga. Ketika ini mereka menderita dari segi psikologi.

“Ramai pemain sedang bergelut, terutamanya Mahmoud Wadi dan Mohamed Saleh yang mempunyai keluarga yang terpe­rangkap di Gaza di mana rumah mereka telah musnah,” kata Daboub yang juga bekas jurulatih dan pemain Tunisia.

Ini adalah penampilan ketiga berturut-turut Palestin di Piala Asia selepas layak buat kali pertama pada 2015 dan skuad yang terkenal dengan jolokan Lions of Canaan itu berada dalam Kumpulan C bersama juara tiga kali Iran, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI