fbpx

Pesawat bawa pasukan bola sepak Gambia mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT yang dinaiki pemain-pemain bola sepak Gambia mendarat cemas di lapangan terbang Banjul, Rabu lalu. - Foto Tom Saintfiet

BANJUL, Gambia  – Sebuah pesawat yang menuju ke Ivory Coast dan membawa pemain pasukan bola sepak Gambia berpatah balik beberapa minit selepas berlepas dan mendarat cemas di lapangan terbang Banjul, lapor portal berita Wion News semalam.

Bekas pemain kelab bola sepak Manchester United, Celtic and Nottingham Forest, Saidy Janko berkongsi video kejadian ‘menakutkan’ itu di laman sosial rasminya.

Video itu menunjukkan penumpang-penumpang  berpeluh ketika menaiki pesawat itu kelmarin  bagi menyertai  kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

“Sejurus selepas memasuki kapal terbang yang disewa khas untuk membawa kami, kami menyedari suhu panas sehingga  menyebabkan kami berpeluh.

“Kru pesawat kemudian menjelaskan bahawa sistem pendingin udara akan dihidupkan semula sebaik kami berada di ruang udara,” katanya.

“Panas yang tidak munasabah itu ditambah dengan kekurangan oksigen, menyebabkan ramai penumpang mengalami sakit dan pening kepala. Ramai juga penumpang mula tertidur selepas pesawat berlepas.

“Ketika berada di ruang udara, keadaan menjadi lebih buruk. Ini menyebabkan juruterbang tiada pilihan lain kecuali mendarat cemas di lapangan terbang Banjul sembilan minit selepas ,” katanya. 

Dalam pada itu, Persatuan  Bola Sepak Gambia menyatakan rasa kesal kerana pesawat itu terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal.

Menurutnya, syarikat penerbangan terbabit masih  melakukan siasatan bagi mengetahui punca berlakunya masalah kekurangan oksigen. 

 “Ketika mendarat, siasatan awal mendapati bahawa terdapat kehilangan tekanan dalam kabin dan kekurangan  oksigen,” demikian menurut syarikat penerbangan berkenaan. 

 

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI