fbpx

Perkukuhkan ‘Langkah Rakyat’ – Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta masyarakat Malaysia memastikan `Langkah Rakyat’ diperkukuhkan.

Menurut beliau, `Langkah Rakyat’ perlu diperkukuhkan berbanding ahli politik yang hendak melakukan `Langkah Dubai.

“Sebelum orang politik nak buat ‘Langkah Dubai ke ‘Langkah London’ ke, kita kena pastikan langkah rakyat terus diperkukuhkan.

“Bukan hanya sembang kosong, tetapi habuk pun tiada,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Muhamad Akmal seterusnya memberi peringatan permainan politik berterusan akan menyebabkan rakyat berasa jemu dengan ahli politik.

“Jangan sampai rakyat jemu dengan orang politik yang tidak habis-habis berpolitik demi kepentingan diri sendiri.

“Masa untuk bekerja kerana rakyat mampu menilai. Meh semua turun bantu rakyat yang kena musibah banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI