fbpx

Pengusaha katering rugi RM10,000 akibat banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak menunjukkan perkakasan memasak dan peralatan katering yang ditenggelami banjir lumpur.

JOHOR BAHRU – Pengusaha katering mengalami kerugian hampir RM10,000 apabila perkakasan memasak dan peralatan katering ditenggelami air setelah Kampung Kangkar Tebrau, di sini dilanda banjir, Rabu lalu.

Abdul Razak Tarmidi, 63 berkata, kesemua perkakasan memasak telah dialihkan ke bahagian rak yang tinggi namun tidak menyangka banjir kali ini lebih buruk hingga menyebabkan ia ditenggelami banjir.

Katanya, ada peralatan katering yang Masih boleh digunakan dan ada juga yang sudah rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Dalam kejadian banjir itu, bahagian dapur ditenggelami air apabila tong gas terapung dalam kedai dan dapur memasak mungkin rosak dimasuki air. Khemah juga ada yang rosak manakala kain alas meja berwarna putih dan bertukar oren terpaksa dibuang.

“Semua perkakasan memasak yang ditenggelami air terpaksa dibasuh semula segera sebab tidak mahu bau dan lumpur melekat kerana masih boleh digunakan.

“Jadi, terpaksalah upah orang untuk mencuci kesemua 1,000 unit pinggan, mangkuk, piring, gelas, cawan, sudu dan garfu serta 60 set katering. Saya sudah tua, tak larat lagi nak buat semua ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Abdul Razak berkata, kerja pembersihan perlu dibuat secepat mungkin kerana perlu memenuhi tempahan untuk dua majlis pada minggu hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI