fbpx

Pembentung rosak punca tanah mendap di Subang Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta tersekat dalam kejadian tanah mendap di Jalan Persiaran Mulia, Subang Perdana, semalam.

PETALING JAYA – Kerosakan pada paip pembentung punca kejadian tanah mendap di Jalan Persiaran Mulia, Subang Perdana sehingga menyebabkan sebuah kenderaan tersekat, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian tersebut sekitar pukul 3.40 petang.

“Hasil siasatan mendapati mendapan tersebut berpunca dari kerosakan pada paip pembentung pangsapuri Good Year Court 8, Subang Perdana ke saluran utama Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

“Kenderaan yang tersekat telah berjaya dikeluarkan dengan bantuan lori tunda,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut MBSJ, pihaknya menggerakkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dan anggota penguat kuasa MBSJ ke lokasi kejadian bersama kawalan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Juster katanya, orang awam diminta berhati-hati jika melalui kawasan tersebut dan sentiasa peka serta diminta untuk melaporkan jika terdapat kecemasan melalui Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-80247700. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI