fbpx

Palam pintu Boeing 737 Max 9 didakwa dikilangkan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Palam pintu pesawat Boeing 737 Max 9 ditemui di kawasan kejiranan Portland pada Ahad lalu. - NTSB

PORTLAND, OREGON – Palam pintu pesawat Boeing 737 Max 9 yang ditemui di halaman belakang sebuah rumah di bandar Portland, negeri Oregon didakwa dikilangkan di Malaysia, lapor saluran televisyen Oregon Public Broadcasting.  

Dalam kejadian Jumaat minggu lalu, sebuah pesawat Alaska Airlines yang berlepas dari Oregon menuju California terpaksa mendarat ketika berada pada ketinggian 4,876 meter apabila sebahagian tingkapnya tercabut.

Seorang guru sains yang menemui palam pintu itu, Bob Sauer berkata, dia menemuinya pada Ahad lalu. 

“Pokok-pokok di belakang rumah saya menampung pintu tersebut ketika ia jatuh. Jadi ia tidak menghempas tanah dengan sangat kuat,” katanya.

Selepas menemuinya, Sauer menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB). Kakitangan NTSB tiba di rumah Sauer di Southwest Portland sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu. 

Mereka mendapati nombor siri palam pintu dan butiran lain nampaknya ditulis dengan tangan menggunakan pen dakwat kekal. Tulisan pada palam pintu mengatakan ia dikilangkan di Malaysia.

Perkara itu bagaimanapun belum disahkan kerana NTSB masih menjalankan siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI