fbpx

MOT umum penerbangan, rel, bas tambahan sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar Pengumuman Khas Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Kementerian Pengangkutan, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan inisiatif penerbangan, perkhidmatan rel serta bas tambahan sempena sambutan Tahun Baru Cina pada awal bulan depan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia membabitkan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan penambahan trip tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar.

Beliau berkata, pihaknya turut meluluskan pembukaan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk bas tambahan sepanjang musim perayaan itu.

“Bagi penerbangan tambahan, Batik Air bersetuju menambah lapan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sibu bagi perjalanan pada 6 dan 7 Februari depan yang mana tiket dijual serta merta bermula hari ini.

“Bagi menyokong mesej Malaysia Madani, Batik Air bersetuju menawarkan tambang ekonomi harga tetap pada RM399 untuk laluan sehala Kuala Lumpur ke Sibu.

“Saya juga dimaklumkan, Batik Air akan memulakan perkhidmatan berjadual ke Sibu dan Tawau berbanding dari Kuala Lumpur ke Kuching dan Kota Kinabalu sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif ini adalah sebagai tambahan kepada tambang tetap oleh AirAsia yang diumumkan minggu lalu dan juga tambahan 20 penerbangan oleh Malaysia Airlines dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena musim perayaan ini.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, KTMB juga akan menambah empat perkhidmatan ETS perjalanan dari laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral pada 7 hingga 13 Februari ini selain dua ETS tambahan bagi laluan KL Sentral- Padang Besar-KL Sentral pada 7 Februari sehingga 10 Mac ini.

Jelasnya, tiket tren tambahan tersebut akan mula dijual kepada orang ramai pada Isnin depan bermula pukul 12 tengah hari manakala LPS pada 15 Januari hingga 2 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI