fbpx

Melaka laksana rombakan besar-besaran agensi kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF Yusoh (tiga dari kiri) ketika melancarkan laman sesawang kerajaan negeri yang baharu pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Kerajaan negeri akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap semua agensi kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan polisi-polisi yang telah ditetapkan sebelum ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, rombakan yang dibuat adalah berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap penjawat awam.

Kata beliau, setiap polisi perlu dilaksanakan sepenuh hati agar Melaka terus maju dan berdaya saing.

“Penjawat awam kena bekerjasama dengan kepimpinan negeri untuk pastikan kelancaran pelaksanaan polisi-polisi yang telah kita tetapkan. Kita tidak mahu ia sekadar menjadi slogan pada dinding, pintu kereta atau di surat rasmi saja.

“Ia mesti dilaksanakan sepenuh hati dan rombakan ini amat perlu (dilaksanakan) sebagai usaha memajukan Melaka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, beliau belum pernah melakukan sebarang rombakan melibatkan ketua jabatan atau agensi kerajaan negeri sepanjang sembilan bulan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Menurutnya, dia hanya membiarkan dan memerhatikan setiap penjawat awam melakukan kerja mengikut cara masing-masing.

“Pada 2024 ini saya mahu semua penjawat awam negeri melakukan anjakan paradigma dengan mengubah cara berfikir, bertindak dan bekerja. Budaya kerja lama seperti bertangguh, tidak teliti dan kekurangan sense of belonging kepada kerajaan negeri tidak sepatutnya menjadi amalan lagi.

“Banyak perjanjian berat sebelah serta yang tidak melindungi kepentingan kerajaan negeri yang dimeterai sebelum ini akhirnya telah menjadi liabiliti kepada kerajaan negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI