fbpx

Malaysia bukan lagi ‘jaguh kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan melapangkan waktu bertemu penyokong-penyokong Harimau Malaya pada sesi Meet & Greet di Doha, Qatar malam kelmarin. – FAM

BEKAS penyerang skuad kebangsaan, Mohd. Safee Sali percaya Harimau Malaya berada pada landasan terbaik untuk meraih keputusan membanggakan apabila turun membuka kempen Piala Asia di Qatar menentang Jordan awal pagi Selasa ini.

Safee, 40, percaya ia tidak mustahil untuk direalisasikan walaupun Jordan berada di ran­king No. 89 dunia, lebih tinggi da­ripada Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang ketika ini di kedudukan 130 dunia.

“Skuad negara perlu memulakan aksi pertama menentang Jordan dengan langkah kanan. Kita telah lakukan persiapan dengan baik apabila tiba awal di Qatar dan pemain sudah menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta padang di sana,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Safee merasakan tidak sesuai sekiranya membuat perbandi­ngan ‘kelas’ 2007 dengan pasukan semasa kendalian Pan-gon.

Menurutnya, banyak perbezaan daripada aspek kualiti antara kedua-dua pasukan meskipun beraksi di peringkat tertinggi benua Asia ketika edisi 2007.

BARISAN pemain menjalani latihan di bumi Qatar sebelum turun aksi pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan awal pagi Selasa ini. – FAM

Safee yang turut beraksi ketika itu bersama pasukan kendalian Norizan Bakar mengakui, mereka masih belum bersedia sepenuhnya selain diundi dalam kumpulan maut.

“Bagi kempen 2007, saya lihat kita belum bersedia tak kira ran­king dan juga prestasi di atas padang. Atas kertas, mungkin kita dibarisi pemain bertaraf bintang tetapi belum cukup bagus.

“Banyak peranan antaranya kualiti liga domestik kita yang jauh jika dibandingkan dengan China dan Uzbekistan. Kita juga mulakan kempen dengan langkah kiri apabila tewas besar kepada China (1-5).

“Berbeza dengan sekarang, kita boleh lihat peningkatan yang drastik dengan pemain cukup bermotivasi. Kualiti skuad kali ini juga cukup baik,” jelasnya.

Skuad negara bermain Piala Asia 2007 selaku tuan rumah menentang China, Uzbekis­tan dan Iran dalam Kumpulan B, tetapi tewas kesemua perlawanan.

Selain Safee, beberapa pemain utama ketika itu ialah Shukor Adan, Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan kapten, Kaironnisam Sahabudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI