WASHINGTON – Beberapa gambar tular di media sosial memaparkan bangkai didakwa makhluk asing, dibedah siasat di makmal kemudahan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Area 51, lapor akhbar Metro UK.
Gambar pertama memaparkan anggota badan kelihatan seperti saraf tunjang berukuran 2 meter panjang yang bersambung dengan beratus-ratus saraf dan saluran darah.
Gambar kedua menunjukkan anggota badan yang kelihatan terbahagi kepada dua sistem dengan setiap satunya didakwa untuk sisi badan berbeza.
Gambar ketiga pula lebih jelas iaitu memaparkan sistem saraf yang kelihatan seperti ranting pokok.
Bagaimanapun, sebilangan netizen menyatakan bahawa semua imej itu palsu. Kata mereka, foto tersebut dihasilkan menggunakan aplikasi kepintaran buatan, Midjourney.
Siri foto itu dikongsikan oleh seorang pengguna platform Reddit menerusi akaun shaner4042. – AGENSI