fbpx

Langkah Dubai: Papagomo, Salim Iskandar antara dipanggil rakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papagomo (kiri) dan Salim Iskandar (kanan) antara empat individu dipanggil PDRM bagi membantu siasatan berhubung gerakan ‘langkah Dubai’.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil empat individu bagi membantu siasatan berhubung gerakan ‘langkah Dubai’ untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu tersebut terdiri daripada pempengaruh media sosial Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo serta ‘blogger’, Salim Iskandar.

Turut dipanggil Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan itu dilakukan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya menerima 145 laporan polis berkaitan isu yang sama di seluruh negara.

“PDRM juga telah buka satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan.

“Sebanyak empat laporan polis diterima berhubung isu ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Seksyen dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Razarudin, kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh ganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu sensitif terutama kegentaran awam dan keselamatan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI