fbpx

Lagi kebocoran berlaku di dasar Sungai Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas beratur mendapatkan bekalan air dari lori tangki, semalam.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan satu lagi kebocoran telah dikesan di saluran paip dasar Sungai Perai, dekat sini.

Menurut PBAPP, kakitangan PBAPP sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran untuk memeriksa sama ada ia berada di bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam.

“Walaupun berlaku kebocoran, PBAPP akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini. Pengguna pemulihan tahap dua diminta untuk menyimpan air untuk kegunaan. ⁠Saluran paip ini mungkin akan ditutup kemudian untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan,” katanya di sini, hari ini.

PBAPP berkata, keadaan tersebut masih dalam siasatan dan PBAPP akan berkongsi hasilnya apabila ia mempunyai maklumat dan data yang tepat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bimbang kejadian terbaharu membabitkan kebocoran di saluran paip bawah air Sungai Perai itu akan mengakibatkan penyaluran semula air di kawasan DUN Bayan Lepas antaranya meliputi kawasan Relau, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul dan Sungai Batu akan terhenti semula.

Azrul berkata, pada masa ini juga 10 lori tangki air berkapasiti 40,000 liter yang diletakkan di beberapa kawasan DUN Bayan Lepas kebanyakanya telah kehabisan air dan perlu diisi semula.

”Pengisian air tangki ini akan mengambil masa dan kami berharap paip yang bocor di Sungai Perai akan dapat dibaiki segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI