fbpx

Ketua polis balai pukul orang awam disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular seorang lelaki didakwa ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap seorang individu awam di sebuah restoran.

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang orang awam, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular di media sosial termasuk platform X.

“Video tular itu dikesan pada pukul 3.11 petang hari ini, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

“Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

“Siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, berdasarkan rakaman video yang tular, kelihatan seorang individu lelaki mengasari seorang lelaki lain yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.

Suspek tersebut dapat dilihat menampar lelaki terbabit sambil sebelah lagi tangannya menggenggam rambut mangsa.

Mangsa yang kelihatan ketakutan tidak melawan tindakan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI