fbpx

Ismail Izzani kemalangan motosikal, lutut ‘sagat’ jalan tar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Izzani gagal mengawal motosikal ditunggangnya berikutan jalan licin dan mengalami cedera ringan.

PETALING JAYA – Penyanyi Ismail Izzani mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi sekitar pukul 8 malam tadi.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Gizmo atau Rolan Yusof berkata, penyanyi itu hilang kawalan akibat jalan licin ketika dalam perjalanan ke sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, Ismail tidak berdepan kecederaan serius, cuma luka pada kedua-dua tapak tangan serta bahagian lutut selepas ‘tersagat’ jalan tar.

“Saya difahamkan kejadian berlaku di sekitar ibu negara dan keadaan jalan pula basah yang mungkin mengakibatkan motosikal ditunggangnya tergelincir.

“Mujur kebetulan tiada kenderaan lain yang rapat dengan jenteranya, selain ada beberapa rakan turut bersamanya ketika itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Gizmo lagi, buat masa ini penyanyi lagu Luar Biasa itu sudah mendapatkan rawatan doktor dan hanya perlu berehat di rumah untuk beberapa hari.

“Kebetulan Ismail tidak terikat dengan mana-mana persembahan atau komitmen lain dalam tempoh terdekat, jadi boleh rehat dulu.

“Lagipun katanya jangan bimbang, dia cuma cedera ringan dan boleh saja bekerja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, itu berkongsi beberapa hantaran gambar dalam InstaStory yang menunjukkan dia dan motosikalnya tersadai di tepi jalan.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan tapak tangannya berdarah, manakala jentera miliknya terpaksa diangkut menggunakan lori tunda.

Begitupun, Ismail yang dihantar kawannya ke klinik berhampiran dalam perkongsian lain menyatakan keadaannya baik-baik sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI