fbpx

Henti bergaduh dengan ‘budak senget’ – Tunang Anju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunang Anju, Khazrul Elzy meminta cinta hatinya itu agar berhenti berbalah dengan Fatiya yang disifatkannya sedang berperang dengan masalah mental.

PETALING JAYA – Tunang kepada aktres Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzy meminta kekasih hatinya itu menghentikan perbalahan dengan pelakon, Fatiya Latiff demi masa depan anak cucu mereka pada kemudian hari.

Usahawan berusia 46 tahun itu berkata, bukan tahap Zarina atau mesra disapa Anju itu untuk ‘berperang’ dalam laman sosial dengan wanita yang didakwa mempunyai masalah mental.

“Saya banyak terbaca mengenai isu yang timbul di media sosial, malah bos saya yang juga berbangsa Cina turut bertanya mengenai perbalahan ini.

“Mohon sangat kepada tunang saya menghentikan pergaduhan kerana tidak mahu anak-anak dapat baca pada masa hadapan, nanti cucu cicit kita pun tahu benda dah lepas.

“Kita berhenti bukanlah bermakna kita kalah. Dia bukan ‘level’ untuk awak berlawan di media sosial. Hentikanlah pertelingahan dengan siapa nama ‘budak senget’ tu,” katanya dalam hantaran video dalam Instagram.

Pada masa sama, Khazrul turut meminta tunangnya bertenang menghadapi kontroversi panas selain usah lagi mengenang peristiwa yang telah lama berlalu.

Menurutnya, dia akan sentiasa berada di belakang wanita kesayangan biarpun sekiranya terpaksa berjuang bersama-sama di mahkamah.

“Dia nak cakap apa terpulanglah kerana apa pun, saya masih bersama awak. Tak ada siapa boleh pisahkan kita, cuma saya minta banyakkan bersolat, bersabar dan mengucap.

“Biarkan saja dia, kita tunggu dia di mahkamah. Jangan dia tinggal sehelai sepinggang je tak boleh bayar saman kita. Hendak saman sehingga dia bangkrap pun tak apa.

“Tak perlu pengikut berjuta-juta kalau otak kurang bijak. Kita lupakan benda-benda yang remeh sebegini,” ujarnya.

Selepas mengimbas tindakan Fatiya terhadapnya dulu yang didakwa sebagai hati busuk, Anju kemudian mengeluarkan kenyataan memilih enggan meneruskan pertelingkahan mereka dalam media sosial.

Bekas rakan baiknya itu asalnya tidak puas hati Anju mencampuri urusan dengan pelakon Zahirah Macwilson, sehingga mendedahkan ‘sejarah’ lalu termasuk bersama penyanyi Ismail Izzani.

Anju juga menjadi sasaran Fatiya selepas dia mengulas mengenai kenyataan pelakon itu menyamakan Zahirah dengan bibik atau pembantu rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI