fbpx

Foto Putera Mateen, Dayang Anisha seusai nikah curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen dan Dayang Anisha selepas Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei semalam. - Foto Instagram SUPPORT.ANISHAIK

PETALING JAYA – “Sama cantik, sama padan”. Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan foto pasangan diraja Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam seusai majlis pernikahan mereka.

Foto tersebut yang memaparkan Dayang Anisha melihat ke arah wajah Putera Mateen kini tular di media sosial sehingga mencuri tumpuan orang ramai.

Rata-rata ramai terpegun dengan kecantikan kedua pasangan tersebut selain turut menyampaikan ucapan selamat pengantin baharu.

“Masya-Allah, cantiknya. Tak sabar nak tunggu foto yang lain. Cara Dayang Anisha lihat Putera Mateen, ‘sweet’ sangat,” kata Malinda.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Putera Mateen dan Dayang Anisha. Semoga Allah merahmati kalian,” ucap Putri.

“Setinggi-tinggi tahniah. Bagai pinang dibelah dua. Semoga berbahagia hingga ke syurga,” ujar Morni.

Sebelum ini, Putera Mateen secara rasmi menjadi suami kepada Dayang Anisha dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei semalam.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu yang dijadualkan berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI