fbpx

Anak kena strok ketika panjat pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainab (duduk, belakang) dan suaminya, Mohamad Sabudin (duduk, depan) tabah menjaga anak lelaki mereka dan ibu yang kini terlantar sakit akibat strok di Kampung Cheting, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita terpaksa berhenti kerja sebagai buruh di sebuah kilang kayu semata-mata untuk menjaga anak lelaki dan ibunya yang masing-masing menderita ­penyakit angin ahmar atau strok sejak lima tahun lalu.

Zainab Ali, 57, berkata, mereka sekeluarga kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan anak-anak yang lain selepas suaminya, Mohamad Sabudin Kassim, 63, bersara sebagai pengawal keselamatan ekoran faktor usia pada tahun 2021.

“Anak keempat saya, Moha­mad Shuhairi Asmadi Mohamad Sabudin, 34, terkena serangan angin ahmar sewaktu sedang memanjat pokok petai pada tahun 2019.

“Keadaannya semakin teruk dan kini hanya terlantar berikutan serangan angin ahmar kedua dialaminya pada tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Cheting di sini baru-baru ini.

Zainab berkata, dugaannya bertambah apabila ibunya, Alus Hassan, 80, yang tinggal bersama mereka turut terkena serangan penyakit sama kira-kira dua bulan lalu.

Tambah ibu tujuh anak itu, ibunya yang hanya terlantar di atas katil turut menderita masalah usus bocor.

“Saya dan suami perlu bergilir-gilir menjaga anak dan ibu sepenuh masa.

“Selain memakai lampin pakai buang, mereka hanya boleh minum susu khas yang perlu diberi pada setiap empat jam,” katanya.

Zainab berkata, kos perubatan kedua-dua ahli keluarganya itu mencecah hampir RM2,000 sebulan.

“Mujur kami turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tabung Darul Iman untuk menampung serba sedikit kos perubatan ibu dan anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Zainab di nombor 1150041100051367 (Bank Simpanan Nasional) atau meng­hubunginya di talian 0112 5642723.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI