fbpx

Ahli Parlimen UMNO beralih sokongan automatik gugur keahlian parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen UMNO tidak boleh beralih sokongan kepada pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO kerana mereka tertakluk kepada Perlembagaan UMNO yang telah dipinda pada 13 Januari 2023.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO memperutukkan keahlian UMNO akan tergugur secara automatik sekiranya mereka bertindak demikian.

Menurut beliau, implikasi terhadap pindaan yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong UMNO Khas itu mungkin tidak disedari oleh ramai pihak termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang.

“Perlembagaan UMNO telah dipinda pada 13 Januari 2023 dalam Perhimpunan Agong UMNO Khas yang menghalang Ahli Parlimen UMNO membelakangi apa jua keputusan parti termasuk menyertai apa juga pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO memperutukkan keahlian UMNO akan tergugur secara automatik sekiranya ahli UMNO yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dan kemudian menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO. Ini termasuk menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekaligus bertentangan dengan pendirian parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi menjelaskan, kesan daripada tergugurnya keahlian, maka Akta Anti Lompat Parti memperuntukkan bahawa kerusi Ahli Parlimen yang dimenangi akan diisytiharkan kosong bagi membolehkan Pilihan Raya kecil diadakan.

Selain itu, kata beliau, setiap Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga terikat dengan perjanjian dan akujanji yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka terikat dengan bon berjumlah RM100 juta.

Kata beliau, sebarang perlanggaran menyebabkan mereka wajib membayar RM100 juta kepada parti sebagaimana kes Zuraida vs parti Keadilan Rakyat di mana Mahkamah Tinggi memutuskan Bon RM10 juta yang ditetapkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah sah dan wajib dibayar.

“Semua pindaan ini dilakukan kerana mengambil iktibar ketidakstabilan politik yang memudaratkan rakyat dan negara selepas PRU14 tahun 2018,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI