HANOI – Seramai 137 pensyarah dan kakitangan Universiti Quang Binh di Vietnam tidak dibayar gaji selama dua hingga 7.5 bulan kerana gagal menarik kemasukan pelajar, lapor laman berita VNExpress.
Universiti awam itu mempunyai seramai 236 pensyarah dan kakitangan lain. Seramai 99 pekerja menerima gaji kerana mereka adalah pekerja pentadbiran negeri, namun baki 137 lagi pekerja merupakan pekerja kontrak.
Pentadbiran universiti itu tidak mampu membayar gaji kerana pengambilan pelajar yang lemah dan pendapatan yang merosot.
Pada masa ini, universiti itu mempunyai lebih 1,000 pelajar tetapi lebih separuh daripada mereka mereka dikecualikan daripada yuran pengajian mengikut peraturan pemerintah.
Pihak universiti tiada dana untuk membayar seramai 137 pensyarah dan kakitangan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan pertama pada tahun 2024. – AGENSI