fbpx

Zoo mini haram dalam kilang diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara haiwan yang ditemui dalam kurungan sangkar besi di Taman Perindustrian KIP, Sungai Buloh, pagi tadi.

SUNGAI BULOH – Niat untuk membuka zoo mini dengan mengumpulkan pelbagai haiwan liar tanpa lesen akhirnya mengundang padah apabila serbuan dilakukan di sebuah kilang, Taman Perindustrian KIP, di sini, pagi tadi.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 11.45 pagi itu membabitkan sepasukan anggota dari Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurut sumber, setibanya di lokasi kejadian, seorang lelaki tempatan disiasat dan membawa kepada pemeriksaan di bahagian pondok pengawal kilang tersebut.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seekor kucing serval, Ular Sawa Burma (1), Musang Pandan (2) dan Monyet Blue Monkey (2) dan sebuah sangkar besi.

“Siasatan awal mendapati haiwan liar itu disimpan untuk membuat zoo mini di tepi kilang namun tidak memperoleh lesen. Turut didapati kucing hutan yang dimilikinya tamat lesen sejak 2019,” katanya.

Tambah sumber, semakan mendapati beberapa hidupan liar tersebut mempunyai lesen namun terdapat kesalahan teknikal di bawah Seksyen 22(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

“Bagaimanapun, dua ekor Musang Pandan tersebut didapati tidak mempunyai lesen menyimpan,” katanya.

Jelas sumber, menerusi Op Bersepadu Khazanah itu, tindakan sita terhadap dua haiwan tersebut dilakukan termasuk sebuah sangkar besi selain satu borang sita dikeluarkan terhadap individu terbabit.

“Barang kes diserahkan kepada jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI