fbpx

TVET dicadang perkenal kursus khas tuai kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika menyampaikan ucaptama dalam Program Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar (R&O) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dicadang untuk memperkenalkan kursus khas berkaitan penuaian kelapa sawit kepada golongan belia.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, ia sekali gus membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri kelapa sawit negara.

Selain itu beliau berkata, ia juga selari dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kemahiran berkenaan sebagai satu profesion.

“Kelapa sawit adalah industri yang besar bagi negara tapi kita punya masalah ialah pekerja. Kalau kita berdepan dengan keadaan tak cukup pekerja, maka kita tak boleh harvest (tuai).

“Kerja-kerja biasa semua orang boleh buat, tapi harvesting (penuaian), kita belum ada lagi profesion ini sebab negara ada 5.6 juta hektar ladang kelapa sawit. Jika tidak industri ini sampai bila-bila akan bergantung kepada pekerja asing.

“Bila matlamat nak jadikan profesion, kena ada latihan yang betul dan dengan mekanisma yang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) buat, ia membuatkan kerja-kerja mereka lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Seminar Tinjauan dan Pandangan Ekonomi Minyak Sawit (R&O) 2024, di sini, hari ini.

Johari berkata, perbincangan awal telah pun dibuat bersama Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi TVET Negara bagi tujuan tersebut.

“Saya ada bincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid sebab beliau nak buat dasar TVET. Mungkin kita mulakan dengan kumpulan kecil dahulu.

“Kemudian, rekrut sekitar 50 orang dalam satu kelas untuk diajar pakar industri daripada MPOB dan ajar mereka macam mana nak tuai pokok yang rendah, sederhana dan tinggi.

“Dari masa ke masa, saya beritahu MPOB untuk buat penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya pokok kita jangan terlampau tinggi, sesuai dengan ketinggian rakyat Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI