fbpx

Tang Jie smash tak pakai otak – Rexy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) mencetus kemarahan Rexy yang menyifatkannya gagal mengawal emosi sebagai punca utama tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Malaysia semalam. – FARIZ RUSADIO

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyuarakan rasa kecewa selepas beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir di pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam, beregu No. 9 dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 22-24, 14-21 kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal mengulangi pencapaian musim lalu yang mana mereka berjaya mara ke suku akhir sebelum tewas kepada wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

“Semalam (kelmarin) jumpa dengan Perancis dapat mengawal emosi, tetapi hari ini (semalam) kita mula hilang keghairahan apabila Jepun mula menguasai permainan, terutamanya apabila pukulan-pukulan smash tidak masuk.

“Tang Jie pula melakukan pukulan smash seperti tidak pakai otak, main dengan keadaan panik dan emosi sehingga tidak tahu arah pukulan. Sepatutnya ini tidak boleh berlaku,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.

Untuk rekod, ini adalah kekalahan kedua Tang Jie-Ee Wei kepada beregu Jepun itu selepas turut berdepan keputusan sama pada pusingan kedua Terbuka Indonesia tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Rexy turut menyuarakan kebimbangan dengan kecederaan belakang dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang mungkin menjejaskan peluang­nya untuk layak ke Sukan ­Olimpik Paris 2024.

Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock menjelaskan, doktor akan memberikan perkembangan mengenai tahap kecederaan Tze Yong hari ini sebelum membuat keputusan berhubung penyertaan dalam kejohanan yang boleh disertainya nanti.

“Selepas tamat perlawanan semalam (kelmarin), memang dia ada jumpa doktor dan lakukan imbasan, tetapi belum terperinci. Kita tunggu keputusan doktor berhubung situasi Tze Yong.

“Sebelum ini pun memang ada rasa sakit-sakit badan, namun itu perkara biasa untuk atlet kerana sering menjalani latihan. Cuma sekarang kita nak tahu sama ada ia kecederaan otot atau sebalik­nya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI