fbpx

Sanusi selesai beri keterangan berkait rasuah bola sepak negeri di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Muhammad Sanusi dilihat beredar dari Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Difahamkan, Menteri Besar Kedah itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes Benz berwarna perak di bangunan SPRM.

Muhammad Sanusi difahamkan telah selesai memberi keterangan kira-kira tiga jam dan dilihat meninggalkan bangunan Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.37 pagi.

Namun, usaha kira-kira 20 pengamal media untuk menyapa Menteri Besar itu tidak kesampaian apabila kenderaan beliau terus beredar meninggalkan pekarangan SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan Muhammad Sanusi hari ini.

“(Proses ambil keterangan dijangka) lebih kurang tiga jam… pukul 8.30 pagi dia (Muhammad Sanusi) sampai pejabat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Kata sumber itu, berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI