fbpx

Polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham, 16 laporan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis Perak menerima sebanyak 16 laporan berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai cadangan orang bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semua laporan itu telah pun dirujuk kepada polis Kuantan ekoran laporan pertama kes tersebut dibuat di sana.

“Kita buka kertas inkuiri (KEP) berkaitan laporan polis terhadap kenyataan Koo Ham. Setakat ini ada 16 laporan dibuat di Perak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Sebelum ini, Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan Disember lalu.

Beliau menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI