fbpx

Pengurus Koperasi Felcra maut kereta bertembung SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang Pengurus Koperasi Felcra maut selepas kereta jenis Perodua Kembara yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Jerantut-Temerloh di Kerdau dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu berlaku ketika mangsa, Hamidah Ismail,61, dalam perjalanan dari arah Jerantut menghala ke Temerloh.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah Temerloh.

“Akibat kemalangan itu mangsa yang juga seorang seorang Pengurus Koperasi Felcra Jaya Putera Jerantut disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI