fbpx

Pengasuh Indonesia mengaku salah sembunyi kelahiran bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuni (baju jingga) dituduh menyembunyikan kelahiran bayinya Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Yuni Widya Sari, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, Yuni didakwa secara rahsia menyembunyikan kelahiran seorang bayi yang dilahirkannya di dalam bilik air sebuah rumah di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari, 20 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tertuduh dikenakan jaminan berjumlah RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Februari depan.

Kosmo! pada 3 Januari lalu melaporkan seorang guru menemui satu mayat bayi lelaki cukup sifat yang dibungkus dalam kain putih selepas menghidu bau busuk berdekatan kediamannya.

Hasil siasatan dijalankan mendapati bayi itu tertanam di dalam tanah yang berkedalaman 12.7 sentimeter (cm) di kawasan terbuka dan tidak berpagar selain panjang ukurannya adalah 46 cm yang masih bertali pusat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI