fbpx

Penduduk Seberang Perai mula terima bekalan air berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PBAPP menyiapkan semua kerja air yang dirancang di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan 22 lokasi lain di Pulau Pinang lebih awal daripada jadual, semalam.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan semua kerja air yang dirancang di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan 22 lokasi lain lebih awal daripada jadual, semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanantan berkata, peringkat satu pelan pemulihan bekalan air bermula dari pukul 11 malam tadi.

”Bekalan air dinormalisasi secara berperingkat hari ini untuk 197,025 pengguna air (33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai. Peringkat satu perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada jam 6 pagi esok seperti yang dijadualkan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemulihan peringkat satu tidak terjejas dengan kejadian di Sungai Perai kerana LRA Sungai Dua sedang mengepam air kepada pengguna pemulihan tahap satu melalui saluran paip utama yang lain.

Sementara itu, katanya, peringkat dua dijangka dilaksanakan mulai pukul 6.01 pagi esok di mana pada peringkat kedua ini, PBAPP menyasarkan untuk menormalkan perkhidmatan bekalan air untuk 495,065 pengguna (84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai dan bahagian pulau.

“Kejayaan peringkat dua, seperti yang dijadualkan, bergantung kepada pengoperasian semula bahagian yang rosak pada saluran paip bawah air Sungai Perai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI