fbpx

Pembangkang tiada kekuatan bawa usul undi tidak percaya ke Parlimen – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama kakitangan PTP di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan persekutuan sedia ada, sebaliknya terus memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu kerana setelah setahun pentadbiran Kerajaan Madani, masih tiada sebarang undi tidak percaya yang dibawa mana-mana pihak ke Parlimen.

Sehubungan itu katanya, usaha seperti wujudnya akuan bersumpah (SD) atau Langkah Dubai hanyalah politik cemas dimainkan sebelah pihak.

“Sudah lama kita tunggu (undi tidak percaya), setahun dah, hari-hari kita tunggu tetapi tiada, jadi saya tidak mahu fikir lagi soal itu. Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa (usul undi tidak percaya di Parlimen).

“Itu tidak lain hanyalah propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat. Saya berbeza pendapat, tak mampu hilang semangat. Kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia harus bekerja untuk rakyat kerana akhirnya rakyat yang akan pilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini hari ini.

Anwar yang juga merupakan Presiden PKR turut memberitahu, pihaknya telah menasihatkan kepimpinan kerajaan untuk terus fokus kepada usaha membangunkan negara dan bukan bermain politik.

“Saya nasihat jemaah menteri dan pimpinan kerajaan umumnya agar tumpu dan fokus untuk bangunkan negara. Tahun 2024, matlamat kita adalah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI