fbpx

Panduan sebelum membeli kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakukan perbandingan untuk mendapatkan tawaran terbaik.

BARU-BARU ini, tular isu berkenaan kisah kereta Perodua Bezza yang dibeli seorang kerani rosak selepas lapan jam dibeli.

Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan enjin pada kenderaan yang berpunca daripada bendasing seperti gula di bahagian enjin.

Kes itu bertemu noktah apabila pihak Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bersetuju untuk membeli kereta itu semula dengan harga penuh.

Biarpun kes berkenaan telah selesai, namun rata-rata netizen membahaskan tentang panduan membeli kereta agar langkah berjaga-jaga boleh dilakukan.

Oleh itu, minggu ini, Horizon kongsikan tip pembelian kenderaan sama ada kereta baharu atau terpakai.

Lakukan semakan kelayakan
Sebelum ke tempat jualan kereta, lakukan semakan kelayakan daripada pelbagai bank.

Ini membolehkan anda membuat rumusan berkenaan peruntukan bajet berdasarkan tahap kemampuan sendiri.

Selain itu, anda boleh membandingkan tawaran kadar faedah setiap bank, sebelum membuat pilihan terbaik.

Kelebihan mengikut model
Setelah mengetahui bajet, pilih jenama dan jenis model yang sesuai dengan keperluan serta kehendak anda.

Pertimbangkan juga faktor seperti kecekapan bahan api, ciri-ciri keselamatan, reputasi pengeluar dan nilai jualan semula.

Sesetengah jenama dan model kenderaan di pasaran memiliki nilai jualan semula lebih tinggi berbanding yang lain.

Periksa nombor casis dan nombor enjin

Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama seperti dalam geran terutama jika anda membeli kereta terpakai.

Ini bagi mengelakkan timbul sebarang masalah sekiranya perlu berurusan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) nanti.

Periksa keadaan kereta
Sebelum menandatangani borang penerimaan kereta, periksa keadaan luar dan dalam kereta.

Pastikan tiada kesan calar pada permukaan kereta, keadaan angin tayar yang baik dan segala komponen dalam kereta berfungsi.

Minta pembantu jualan menerangkan segala aspek mengenai penggunaan kereta berkenaan.

Penerangan lengkap mengenai waranti, servis dan aplikasi
Minta pembantu jualan terangkan tentang waranti yang ditawarkan serta syarat-syarat berkaitan.

Tanya juga tentang jumlah kilometer yang perlu anda lalui sebelum melakukan servis.

Anda juga boleh bertanya tentang aplikasi khas yang memudahkan

urusan anda dengan pembekal kereta itu nanti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI