fbpx

Ng Tze Yong alami kecederaan belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG gagal menamatkan aksi set pertama dan terpaksa menarik diri ketika beraksi menentang Watanabe akibat mengalami kecederaan belakang.

HASRAT peminat untuk menyaksikan wakil perseorangan lelaki negara mara lebih jauh di Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila giliran Ng Tze Yong tersingkir semalam selepas Lee Zii Jia menjadi pemain pertama kelmarin.

Nasib tidak memihak Tze Yong selepas pemain perseorangan lelaki negara itu dihimpit kecederaan ketika berdepan pemain Jepun, Koki Watanabe.

Tze Yong memulakan saingan itu dengan cukup baik, namun sewaktu perlawanan terikat 7-7 pemain ranking No. 15 dunia tersebut mengakui dia mengalami kecederaan belakang sewaktu melakukan ‘smash’ kencang.

Akibat kecederaan tersebut, Tze Yong mendapat rawatan luar gelanggang dan cuba meneruskan perlawanan semula, namun mengakui tidak lagi berupaya apabila belakang badannya mula mengalami kekejangan ketika kedudukan mata 8-12.

“Saya mengalami kecederaan belakang sewaktu melakukan ‘smash’. Lepas melakukan smash tersebut dan rasa kejang hingga tak boleh gerak. Sebelum perlawanan saya memang tidak ada kecederaan langsung dan lepas smash tu baru rasa sakit.

“Saya memang kecewa kerana ini perlawanan pertama di Malaysia. Saya tidak tahu tahap kecederaan saya macam mana dan sekarang saya masih rasa sangat sakit,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Kecederaan menimbulkan tanda tanya mengenai peluangnya untuk menyertai Terbuka India yang berlangsung pada 16 Januari ini ketika dia turut dijadual berdepan Watanabe pada pusingan pertama.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani menceriakan peminat tempatan yang hadir di Axiata Arena apabila mereka berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas mengatasi pemain Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dengan keputusan 21-17, 22-20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI