fbpx

Netizen jangan toksik, tanya soalan mengundang – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Shila Amzah memohon netizen tidak melontarkan soalan yang mampu mengundang reaksi negatif daripada golongan selebriti.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menasihatkan netizen tidak mudah melemparkan sebarang komen atau pertanyaan yang mampu mengundang reaksi negatif daripada golongan selebriti.

Menurut Shila, 34, setiap individu tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang soalan sensitif apabila menyertai siarang langsung mana-mana selebriti.

“Anda yang sertai mana-mana siarang langsung, janganlah beri soalan-soalan yang boleh mencetuskan kemarahan atau sebarang respons negatif.

“Kita pun perlu menjaga mulut,” katanya dalam siarang langsung semalam.

Tambahnya, dia juga menasihatkan orang agak tidak menjadi individu toksik yang suka membangkitkan kemarahan ramai.

“Kalau tahu seseorang itu sedang struggle (berjuang), janganlah ‘cucuk’ lagi. Kalau dicucuk, memanglah jadi begitu.

“Kita jangan jadi netizen yang toksik sebegitu,” ujarnya.

Shila berkata demikian apabila terdapat netizen memintanya mengulas tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini iaitu mengenai Fatiya Latiff.

Sejak kelmarin, nama Fatiya menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dengan menggelar pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah atau bibik.

Perkara itu mula disuarakan Fatiya apabila terdapat netizen bertanya tentang Zahirah dalam siaran langsungnya baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, dia turut memuat naik foto bekas kekasihnya yang juga suami Zahirah iaitu Aiman Hakim Ridza dan mendakwa aktor itu masih mencintainya.

Tindakannya itu mengundang kemarahan ramai dan berharap dia berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan dirinya kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI